Resipi

Stew Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 biji cili merah
  • 1 batang lobak merah (Dipotong kecil)
  • 1 biji tomato (Dibelah 4)
  • 2 tangkai daun sup
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 sudu makan minyak

Bahan B

  • ½ cawan air
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata. Biarkan sehingga lembut.
  3. Masukkan lobak merah dan tomato. Kacau sehingga layu.
  4. Masukkan bahan B dan kacau rata. Biarkan mendidih.
  5. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang.
  6. Hidangkan bersama nasi ataupun roti.