Resipi

Sotong Bakar Berempah

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 ekor sotong bersaiz besar(Dibuang kulit)
  • 2 batang serai
  • ½ inci halia
  • ½ inci lengkuas
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan rempah kari ikan
  • 2 sudu makan cili kisar
  • Daun pisang secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Perap sotong dengan bahan yang dikisar, serbuk rempah kari ikan, garam, dan cili kisar selama 1 jam.
  2. Layurkan daun pisang dan potong mengikut saiz yang diperlukan.
  3. Letakkan sotong dan bahan perapan di atas daun pisang kemudian masukkan ke dalam kuali. Tutup kuali.
  4. Bakar selama lebih kurang 15 minit ataupun sehingga masak dengan api sederhana.
  5. Hidangkan bersama air asam dan nasi putih.