Resipi

Siput Sedut Masak Lemak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg siput sedut
  • 10 biji cili api
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang kecil
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • 1 biji ubi keledek
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Potong belakang siput kemudian basuh bersih. Tuskan.
  2. Masukkan bahan yang dikisar, keledek, dan santan cair ke dalam periuk.
  3. Masakkan sehingga mendidih dan keledek lembut.
  4. Masukkan siput sedut, daun kunyit, garam dan santan pekat.
  5. Masakkan sehingga mendidih. Hidangkan.
  6. Sedia dihidangkan.