Resipi

Singgang Sotong

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 ekor sotong (Dibuang kulit)
  • 2 ulas bawang putih (Ditumbuk)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 batang timun (Dipotong pendek)
  • 2 keping asam gelugur
  • ½ sudu teh serbuk kunyit
  • 3 tangkai daun sup (Dipotong pendek)
  • ½ liter air
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit sotong kemudian potong kecil. Basuh dan tuskan.
  2. Masukkan semua bahan kecuali sotong dan daun sup ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.
  3. Masukkan sotong dan biarkan mendidih sekali lagi. Tutup api.
  4. Taburkan daun sup dan hidangkan