Resipi

Sambal Terung Goreng

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 biji terung panjang
  • 15 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Terung dipotong pendek dan dikelar tengah.
  2. Gaulkan terung dengan kunyit dan garam.
  3. Panaskan minyak dan gorengkan terung sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  4. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan terung, bawang besar dan garam. Kemudian kacau rata.
  6. Sedia dihidangkan.