Resipi

Sambal Tempoyak Udang Petai

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang
  • 5 biji cili merah
  • 7 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 3 sudu makan tempoyak
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • 2 papan petai (Diambil isinya)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan bahan yang dikisar, tempoyak, dan daun kunyit ke dalam periuk.
  2. Masakkan sehingga naik wap.
  3. Masukkan petai, udang, gula dan garam.
  4. Kacau rata dan masakkan sehingga agak pekat. Tutup api.
  5. Masukkan ke dalam pinggan dan sedia hidangkan.