Resipi

Sambal Sotong Kembang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ekor sotong kembang(Dipotong kecil)
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh belacan(Sekiranya suka)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu makan gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa dan kacau rata.
  3. Masukkan sotong, bawang besar, dan air asam jawa. Kemudian kacau rata.
  4. Masukkan gula dan garam. Masakkan sehingga kuah pekat. Tutupkan api.
  5. Sedia dihidangkan.