Resipi

Sambal Petai Udang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g udang
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 batang serai (Diketuk)
  • ½ cawan air asam jawa
  • 30 biji buah petai
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.
  4. Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutup api dan hidangkan.