Resipi

Sambal Kicap Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g ayam (Dipotong kecil)
  • 20 tangkai cili kering
  • 5 ulas bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • ½ cawan air
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 5 helai daun limau purut(Dikoyak)
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 5 sudu makan kicap
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar bersama serai sehingga wangi dan garing.
  2. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan sehingga ayam lembut dan pecah minyak.
  3. Masukkan daun limau purut, sos tomato, dan kicap.
  4. Masakkan sehingga pecah minyak.
  5. Sedia dihidangkan.