Resipi

Sambal Hijau Ikan Tenggiri

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 15 biji cili api
  • 5 biji cili hijau
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ sudu teh belacan
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 3 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Sapukan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga garing. Ketepikan.
  3. Asingkan separuh minyak tadi dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  4. Masukkan ikan yang sudah digoreng, bawang besar dan cili hijau. Kacau rata.
  5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kesturi. Kacau rata lagi.