Resipi

Sambal Hijau Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 keping ayam
  • 5 biji cili hijau
  • 20 biji cili api hijau
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 4 batang serai (Diketuk)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 5 biji limau kesturi(Diambil jusnya)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Gaulkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan sehingga masak.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan ayam, bawang besar dan garam. Kemudian kacau rata.
  4. Padamkan api dan tuangkan jus limau kesturi.
  5. Sedia dihidangkan.