Resipi

Sambal Goreng Pucuk Ubi

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 ikat pucuk ubi
  • 5 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ cawan ikan bilis
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Hiris halus pucuk ubi. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan pucuk ubi, gula dan garam.
  4. Masakkan sehingga pucuk ubi layu dan lembut.
  5. Sedia dihidangkan.