Resipi

Sambal Goreng Kentang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 biji kentang (Dibuang kulit)
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kentang dipotong baji. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak dan gorengkan kentang sehingga garing.
  3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan garam, gula, dan cuka. Kemudian kacau rata.
  5. Masukkan kentang goreng dan kacau sekali lagi.
  6. Sedia dihidangkan.