Resipi

Sambal Daging

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g daging (Dihiris nipis dan kecil)
  • 2 batang serai
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos tomato
  • 1 labu bawang besar (Dipotong gelang)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bahan yang dikisar sehingga wangi dan pecah minyak.
  2. Masukkan daging. Masakkan sehingga daging lembut.
  3. Masukkan sos tomato, garam dan gula. Kemudian kacau rata.
  4. Masukkan bawang besar dan daun limau purut. Kacau rata sekali lagi.
  5. Sedia dihidangkan.