Resipi

Sambal Bilis dan Tempe

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 paket tempe
  • 1 cawan ikan bilis
  • 20 tangkai cili kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan jus limau ataupun cuka
  • ½ cawan minyak masak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Tempe dipotong kecil dan digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian gorengkan ikan bilis pula sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing dan masukkan jus limau ataupun cuka.
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan ikan bilis dan tempe tadi.
  6. Gaul rata dan angkat dari kuali.
  7. Sedia dihidangkan.