Resipi

Sambal Bebola Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 20 biji bebola ayam
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 cawan minyak
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan bebola ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan separuh minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing.
  3. Masukkan bawang besar, garam, gula dan cuka secukup rasa.
  4. Masukkan bebola ayam. Kemudian kacau rata dan angkat.
  5. Sedia dihidangkan.