Resipi

Sambal Ayam Daun Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 kg ayam (Dipotong kecil)
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 tangkai serai (Diketuk)
  • 1 sudu makan pati asam jawa(Dibancuh dengan ½ cawan air)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 1 cawan daun pudina
  • ½ cawan minyak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit ayam. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan ayam dan garam. Kacau sehingga ayam masak dan lembut.
  4. Masukkan bancuhan air asam jawa, bawang besar dan daun pudina. Masakkan sehingga pekat.
  5. Sedia dihidangkan.