Resipi

Sambal Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ ekor ayam (Dipotong kecil)
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • 15 biji cili merah
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu)
  • ½ cawan minyak masak
  • Garam sekiranya perlu

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan gorengkan ayam dan serai sehingga ayam agak garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan bahan yang dikisar sehingga garing.
  3. Masukkan ayam, bawang besar dan tomato.
  4. Kacau rata dan biarkan sehingga bawang layu dan sambal pecah minyak.
  5. Sedia dihidangkan