Resipi

Salsa Tomato & Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 biji tomato
  • 1 batang timun jepun
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji capsicum hijau
  • 3 tangkai cili merah(Dicencang halus)
  • ½ cawan daun pudina (Dihiris)
  • 1 biji lemon (Diambil jus)
  • 1 sudu kecil lada hitam (Dikisar)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk.
  2. Tuangkan jus lemon kemudian gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
  4. Hidangkan bersama nasi.