Resipi

Salad Tauhu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 keping tauhu
  • 1 batang timun
  • 1 biji tomato muda
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji limau kesturi (Diambil jusnya)
  • 2 biji cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak (Bagi menggoreng)

Cara Memasak

  1. Lumurkan tauhu dengan garam dan goreng sehingga masak.
  2. Angkat dan sejukkan. Kemudian hiriskan.
  3. Masukkan tauhu, timun, tomato, dan bawang besar ke dalam mangkuk adunan. Kemudian gaul rata.
  4. Masukkan jus limau kesturi, cili merah, serbuk lada hitam, bawang putih, gula, dan garam ke dalam mangkuk yang berasingan. Kemudian gaul rata.
  5. Masukkan bancuhan yang sudah siap ke dalam mangkuk berisi tauhu dan gaul perlahan.