Resipi

Salad Sotong dan Udang

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 300 g udang
  • 200 g sotong
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 labu bawang besar(Dipotong dadu)
  • 2 batang serai (Dihiris nipis)
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 5 biji limau kesturi(Diambil perahannya)
  • 1 ulas bawang putih(Dicencang halus)
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 1 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Gaulkan udang dan sotong yang dipotong sederhana kecil dengan sedikit garam.
  2. Masukkan ke dalam kuali non-stick dan masakkan selama 3-5 minit. Ketepikan.
  3. Masukkan bahan B dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
  4. Masukkan tomato, bawang besar, serai, sotong, dan udang. Gaul lagi sehingga rata.
  5. Sedia dihidangkan.