Resipi

Salad Nanas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • ½ biji nenas
  • 1 batang timun
  • 2 biji tomato
  • 1 labu bawang besar
  • 2 biji cili hijau
  • 3 biji cili merah
  • ½ cawan daun pudina
  • 2 sudu makan minyak zaiton
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kupaskan nenas dan buangkan matanya.
  2. Potongkan nenas, timun dan tomato kecil.
  3. Hiriskan bawang besar.
  4. Kacau sebati minyak zaiton, gula, dan garam.
  5. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata.