Resipi

Salad Kentang dan Sosej

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 400 g kentang
  • 5 batang sosej ayam
  • 1 batang timun jepun
  • 1 labu bawang holland(Dipotong dadu)
  • 3 biji cili merah (Dipotong dadu)
  • ½ cawan daun pudina(Diracik kasar)
  • 1 cawan mayones
  • 2 sudu makan minyak zaiton
  • 2 biji lemon (Diambil jus)
  • 1 sudu teh lada hitam kisar
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kupas kulit kentang kemudian potong dadu. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut. Angkat dan tuskan.
  2. Bakar sosej di dalam kuali non-stick sehingga masak. Angkat dan potong kecil.
  3. Cencang kasar timun jepun.
  4. Masukkan kentang, sosej, timun jepun, cili merah, dan daun pudina ke dalam mangkuk besar.
  5. Tuangkan mayones yang sudah digaul ke dalam mangkuk besar. Gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
  6. Sejukkan di dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Hidangkan.