Resipi

Salad Kacang Pis dan Jagung

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 paket kacang snow pea
  • 1 cawan isi jagung
  • 200 g udang (Dibuang kulit)
  • 1 biji capsicum merah
  • 1 labu bawang besar
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 sudu makan bijan(Digoreng tanpa minyak)
  • Garam secukup rasa

Bahan B

  • 1 biji lemon (Diambil jusnya)
  • 1 sudu teh madu
  • 3 sudu makan minyak jagung
  • ½ sudu teh lada hitam(Dikisar kasar)

Cara Memasak

  1. Rebus kacang snow pea selama 4-5 minit. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk berisi ais.
  2. Rebus isi jagung dengan sedikit air selama 1-2 minit. Tuskan.
  3. Rebuskan udang selama 1-2 minit juga. Tuskan.
  4. Bancuhkan semua bahan B dengan sedikit garam.
  5. Masukkan semua bahan yang direbus dan bahan yang dihiris ke dalam mangkuk.
  6. Tuangkan bahan B dan bijan, kemudian gaul rata.