Resipi

Salad Daging Thai

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 300 g daging (Jenis steak)
  • Sedikit suun(Direndam sehingga lembut)
  • 2 biji tomato (Dihiris kasar)
  • 1 biji limau nipis (Diambil jusnya)
  • 3 sudu makan sos cili thai
  • 1 pokok daun ketumbar(Dicencang)
  • ½ sudu teh lada hitam
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris halus)

  • ¼ biji kubis manis
  • 2 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 biji bawang merah
  • 3 biji cili api merah

Cara Memasak

  1. Daging dihiris nipis dan kecil.Lumurkan daging dengan sedikit garam, lada hitam dan minyak bijan.
  2. Panaskan kuali non-stick dan masakkan daging anggaran 7-8 minit sambil sentiasa terbalikkan supaya kedua-dua belah daging masak.
  3. Celurkan suun dengan air panas dan tuskan.
  4. Masukkan daging, suun, tomato dan bahan B ke dalam mangkuk besar.
  5. Gaul rata jus limau nipis, sos cili thai, daun ketumbar dan garam.
  6. Tuang ke dalam mangkuk daging tadi dan gaul perlahan-lahan. Hidangkan.