Resipi

Salad Daging Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g daging
  • ½ inci halia (Ditumbuk)
  • 1 sudu makan minyak zaitun
  • 1 sudu makan kicap cair
  • 1 labu bawang besar
  • ½ batang lobak merah
  • 2 biji cili merah
  • ½ cawan daun pudina
  • 2 sudu makan jus limau
  • 1 sudu makan kicap cair
  • ½ sudu teh gula

Cara Memasak

  1. Potong daging nipis. Basuh dan tuskan. Gaulkan dengan halia, kicap cair, dan minyak zaitun.
  2. Panaskan kuali non stick kemudian bakar daging sehingga masak dan garing kedua-dua bahagian. Hiriskan nipis.
  3. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk besar.
  4. Kacau rata jus limau nipis, kicap cair dan gula ke dalam mangkuk.
  5. Masukkan ke dalam bahan hirisan dan gaulkan sebati. Hidangkan.