Resipi

Salad Ayam Bakar

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 2 keping dada ayam
  • 1 cawan yogurt asli
  • 1 biji lemon (Diambil jus)
  • ½ cawan daun pudina(Dicencang halus)
  • 2 sudu makan minyak zaitun
  • 1 batang timun jepun
  • 2 biji tomato
  • 1 biji capsicum hijau
  • ¼ biji salad lettucce
  • garam secukup rasa

Bahan B

  • 2 biji lemon (Diambil jus)
  • 2 sudu makan minyak zaitun

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit ayam kemudian basuh. Tuskan sehingga kering.
  2. Masukkan yogurt, jus lemon,daun pudina, minyak zaitun dan garam ke dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Masukkan ayam dan gaul rata. Perapkan selama beberapa jam.
  4. Bakar ayam di dalam kuali non stick sehingga masak. Sejukkan dan hiriskan.
  5. Masukkan semua bahan yang dihiris ke dalam mangkuk.
  6. Gaulkan bahan B dan tuangkan ke dalam mangkuk salad.
  7. Gaulkan perlahan-lahan dan hidangkan.