Resipi

Roti Telur

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 6 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1 biji cili merah (Dihiris halus)
  • 1 pokok daun bawang (Diracik)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Masukkan telur, cili merah, daun bawang, dan garam ke dalam mangkuk dan kacau rata.
  2. Panaskan kuali non-stick dan sapukan sedikit minyak.
  3. Sendukkan adunan telur yang sudah dikacau rata.
  4. Letakkan roti di atas telur, di dalam kuali non-stick dan biarkan sehingga masak. Kemudian terbalikkan.
  5. Sedia dihidangkan.