Resipi

Rojak Tauhu

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 keping tauhu
  • 1 biji timun
  • 1 biji sengkuang kecil(Dibuang kulit)

Bahan B (Kuah)

  • 1 cawan kacang tanah(Digoreng tanpa minyak)
  • 5 biji cili api
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan gula
  • 4 sudu makan kicap
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • 1 cawan air
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak masak dan gorengkan tauhu sehingga kuning keemasan. Sejukkan dan potong nipis.
  2. Potong nipis timun dan sengkuang kecil.
  3. Kisar kasar kacang tanah. Ketepikan.
  4. Panaskan minyak dan gorengkan cili api, bawang merah, dan bawang putih. Angkat, kemudian kisar halus.
  5. Gaulkan bahan yang dikisar dengan gula, kicap, garam, dan bancuhan air asam jawa. Kacau rata.
  6. Hidangkan tauhu, timun dan sengkuang bersama kuah dan kacang tanah yang dikisar tadi.