Resipi

Rendang Tok

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 60 minit
Bahan-bahan

​Bahan A

  • 1 kg daging (Dipotong sebesar 3 inci)
  • 2 cawan santan pekat
  • 3 sudu makan gula merah
  • 3 keping asam gelugur
  • ½ cawan kerisik
  • 2 cawan air
  • 3 helai daun kunyit (Dikoyak)
  • 3 helai daun limau purut
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar)

  • 2 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1 sudu makan lada hitam
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 25 tangkai cili kering
  • 5 biji cili api (Sekiranya suka)
  • 10 biji bawang merah
  • 3 inci halia
  • 5 batang serai
  • 2 inci lengkuas

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan B sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut dan pecah minyak.
  3. Masukkan santan, garam, gula merah, asam gelugur, kerisik, daun limau purut, dan daun kunyit.
  4. Masakkan sehingga pekat dan pecah minyak. Kacau sekali-sekala.
  5. Tutup api dan hidangkan.