Resipi

Rendang Pucuk Paku

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 ikat pucuk paku hijau
  • 20 biji cili api
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 biji bawang merah
  • 2 batang serai (Diketuk)
  • ½ cawan ikan bilis
  • 1 cawan santan
  • 2 keping asam gelugur
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Ambil daun dan batang pucuk paku yang lembut. Basuh dan tuskan.
  2. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan yang dikisar, serai dan ikan bilis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan, asam gelugur, dan garam. Masakkan sehingga pekat.
  4. Masukkan pucuk paku dan kacau rata. Masakkan lagi sehingga agak kering.
  5. Sedia dihidangkan.