Resipi

Popia Ayam

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • Kulit popia secukupnya
  • 1 keping dada ayam (Dibakar)
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • ½ mangkuk kubis
  • ½ cawan daun pudina
  • 3 sudu makan tepung gandum(Dibancuh dengan 2 sudu makan air)
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam secukup rasa

Bahan B (sos)

  • 1 cawan sos cili Thai
  • 2 sudu makan jus limau
  • 1 ulas bawang putih(Dicencang halus)
  • 2 sudu makan air suam

Cara Memasak

  1. Hiris ayam kecil-kecil kemudian gorengkan dengan sedikit minyak. Angkat dan tuskan.
  2. Gaulkan ayam dengan timun, lobak merah, kubis, daun pudina, dan garam.
  3. Bentangkan kulit popia dan letakkan bahan yang digaul di tengahtengah. Gulungkan. Gamkan kulit popia dengan bancuhan tepung gandum.
  4. Panaskan minyak masak dan gorengkan popia dengan api sederhana sehingga kuning keemasan.
  5. Angkat dan tuskan minyak.
  6. Gaulkan semua bahan B dan hidangkan bersama popia.