Resipi

Peria Masak Taucu

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 biji peria (Dipotong kecil)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji cili hijau
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (Sekiranya suka)
  • 3 sudu makan taucu manis
  • ½ cawan air
  • 3 sudu makan minyak masak

Cara Memasak

  1. Belah peria dan buangkan biji. Hiris anggaran ½ inci tebal.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
  3. Masukkan peria dan cili api.
  4. Masukkan air dan taucu kemudian kacau rata. Biarkan mendidih dan pekat.
  5. Sedia dihidangkan.