Resipi

Paru Goreng Cili

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 300 g paru
  • 10 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 10 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 kuntum bunga kantan
  • 3 keping asam gelugur
  • 1 sudu teh gula
  • Minyak masak secukup(Bagi menggoreng)
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Rebuskan paru dengan garam sehingga lembut dan tuskan. Hiris nipis dan gorengkan sehingga garing. Ketepikan.
  2. Tinggalkan separuh minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  3. Belah dua bunga kantan dan hiris halus.
  4. Masukkan bunga kantan, gula, garam dan paru yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaulkan rata.