Resipi

Pajeri Betik Muda

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 1 biji betik muda (Warna oren)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 sudu makan rempah kari ikan
  • 2 cawan santan
  • 3 sudu makan gula merah
  • 2 sudu makan kerisik
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit dan biji betik. Potong kecil.
  2. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumiskan bahan yang ditumbuk, masukkan kulit kayu manis dan rempah kari sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan santan, garam, gula merah, kerisik, dan betik. Biarkan mendidih
  4. Kacau sekali-sekala supaya rempah tidak hangus.
  5. Masakkan sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Hidangkan.