Resipi

Pais Sotong

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 15 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 500 g sotong (Dipotong kecil)
  • ½ cawan kelapa muda
  • 3 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 3 biji bawang merah
  • 1 batang serai
  • ½ inci lengkuas
  • ½ inci kunyit hidup
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • 1 helai daun kunyit (Dihiris halus)
  • 1 sudu teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Daun pisang secukupnya

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit sotong kemudian potong kecil.
  2. Gaulkan semua bahan kecuali daun pisang sehingga sebati.
  3. Layurkan daun pisang dan potong kecil. Lap bersih.
  4. Letakkan bahan yang digaul ke atas daun pisang dan bungkus. Kemaskan dengan lidi di kiri dan kanan.
  5. Bakar dengan api sederhana di dalam kuali bertutup sehingga masak.
  6. Sedia dihidangkan.