Resipi

Nasi Tomato

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A (Nasi)

  • 5 cawan beras basmati
  • 4 biji tomato (Dicencang)
  • ½ cawan susu cair
  • 6 cawan air
  • ½ cawan sos tomato
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 3 ulas bawang putih
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai (Dititik)
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 helai daun pandan (Disimpul)

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali ataupun periuk kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan tomato dan garam. Gaul rata. Kemudian masukkan susu cair, air, dan sos tomato. Biarkan mendidih.
  4. Pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi elektrik yang sudah dimasukkan beras. Biarkan masak.
  5. Apabila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan bagi mengelakkan nasi hancur.
  6. Hidangkan bersama ayam masak merah, dalca ataupun kerabu timun.