Resipi

Nasi Padprik

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 4 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api (Diketuk)
  • 2 sudu makan pes tomyam
  • 5 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 300 g sotong (Dipotong)
  • 300 g udang (Dibuang kulit)
  • 100 g kacang snow pea
  • 2 helai daun limau purut(Dikoyakkan)
  • Sedikit air
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak kemudian tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Apabila sudah kekuningan, masukkan cili api.
  3. Masukkan pes tomyam, sos cili, sos tomato, sos tiram, serai, dan sedikit air.
  4. Apabila menggelegak, masukkan sotong, udang, kacang snow pea, daun limau purut, dan garam.
  5. Biarkan mendidih sekali lagi.
  6. Hidangkan bersama nasi putih.