Resipi

Nasi Minyak

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • ½ kg beras basmati
  • ½ liter air
  • 3 sudu makan kismis
  • 3 sudu makan susu cair
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • 2 helai daun pandan(Dikoyak dan disimpul)
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
  3. Masukkan beras dan kacau rata.
  4. Masukkan air, kismis, daun pandan, dan garam.
  5. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik.
  6. Masukkan susu cair dan masakkan seperti nasi biasa.
  7. Apabila sudah masak hidangkan bersama ayam masak merah dan acar timun..