Resipi

Nasi Lobak Merah

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 6 cawan beras basmati
  • 2 sudu makan rempah kurma
  • 7 cawan air
  • 1 kiub ayam
  • ½ cawan susu cair
  • 2 batang lobak merah(Dipotong dadu)
  • 1 tangkai daun ketumbar (Diracik)
  • 1 sudu teh gula (Sekiranya suka)
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 helai daun pandan (Disimpul)

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali dan masukkan bahan B. Tumis sehingga wangi.
  3. Kemudian masukkan rempah kurma. Kacau sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam, dan susu cair. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan beras, lobak merah dan daun ketumbar.
  6. Pindahkan semua bahan ke dalam periuk nasi elektrik dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  7. Hidangkan bersama ayam masak merah dan juga acar timun.