Resipi

Nasi Lemak Utara

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 5 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 cawan beras gred AAA
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang merah
  • 1 helai daun pandan (Disimpul)
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu makan halba
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • ΒΌ sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu makan marjerin
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan marjerin di dalam periuk. Tumiskan halia, bawang merah dan daun pandan sehingga layu.
  3. Masukkan air dan santan. Masakkan sehingga mendidih.
  4. Masukkan beras, halba, serai, serbuk kunyit dan garam.
  5. Masakkan seperti nasi lemak biasa.
  6. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis ataupun sambal sotong, timun, telur rebus, dan ikan bilis goreng.