Resipi

Nasi Lemak Kukus

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 1 kg beras gred AAA
  • 1 liter santan
  • 3 helai daun pandan(Disimpul)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 3 biji bawang merah(Dimayang)
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit gula (Sekiranya suka)

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Pindahkan nasi ke dalam kukusan berlubang dan kukuskan sehingga naik wap selama 30 minit.
  4. Apabila sudah masak hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis (rujuk resipi muka surat 201), telur rebus, ikan bilis goreng, timun, dan kangkung rebus.