Resipi

Nasi Lemak

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 1 kg beras gred AAA
  • 5 cawan santan
  • 3 helai daun pandan (Disimpul)
  • 3 keping hirisan halia
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • Garam secukupnya
  • Sedikit gula (Sekiranya suka)

Bahan B (Sambal)

  • 2 cawan ikan bilis (Direndam sebentar)
  • 20 tangkai cili kering
  • 3 labu bawang besar
  • Sedikit belacan
  • 1 cawan jus asam jawa
  • 2 labu bawang besar (Dihiris kasar)
  • 1 sudu teh gula
  • Sedikit air
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

Cara Membuat Nasi

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga beras sebati dengan santan.
  3. Apabila nasi sudah kering, kacau\ rata dan tutup semula periuk. Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi.

Cara buat sambal

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.
  2. Masukkan jus asam jawa, ikan bilis, garam, gula, dan bawang besar.
  3. Masukkan sedikit air dan biarkan sambal mendidih dan pekat dengan api perlahan.
  4. Apabila sudah pecah minyak, angkat. Hidangkan bersama nasi lemak tadi.