Resipi

Nasi Kukus Ayam Berempah

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A (Nasi)

  • 2 cawan beras wangi
  • 2 cawan air

Bahan B (Ayam)

  • 1 ekor ayam (Dipotong 8)
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 3 batang serai
  • Garam secukup rasa
  • 3 sudu makan rempah kari ayam
  • 3 sudu makan cili kisar
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 3 sudu makan tepunggoreng ayam
  • 3 tangkai daun kari(Diambil daunnya)
  • Minyak masak secukupnya

Cara Memasak

​Cara buat nasi

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Masukkan beras dan air ke dalam loyang kecil.
  3. Kukuskan loyang berisi beras sehingga naik wap dan nasi masak selama lebih kurang 30 minit.
  4. Hidangkan bersama ayam goreng berempah dan sambal belacan.

Cara buat ayam

  1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak dan perapkan selama beberapa jam.
  2. Gorengkan di dalam minyak yang banyak sehingga garing.
  3. Hidangkan bersama nasi kukus.