Resipi

Nasi Jagung

  • Chef Hanieliza
  • 8 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 6 cawan beras basmati
  • 2 cawan isi jagung
  • 2 sudu makan rempah beriani
  • 8 cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 3 sudu makan minyak sapi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa

Bahan B

  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan (Disimpulkan)

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi di dalam periuk ataupun kuali.
  3. Tumiskan bahan B sehingga wangi. Kemudian masukkan rempah beriani. Biarkan sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan beras, air, jagung, garam, gula, dan susu cair.
  5. Pindahkan bahan yang dimasak ke dalam periuk nasi elektrik dan biarkan masak seperti nasi biasa.
  6. Apabila sudah masak, hidangkan bersama kuzi daging, dalca, dan papadom.