Resipi

Nasi Hujan Panas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 30 minit
Bahan-bahan

Bahan A

  • 4 cawan beras basmati
  • 4 cawan air
  • ½ cawan susu cair
  • 1 kiub pati ayam
  • 3 biji tomato (Dicencang)
  • Pewarna hijau, merah,dan kuning
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 2 sudu makan marjerin
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Tumisan)

  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 1 batang serai (Diketuk)
  • 2 helai daun pandan (Disimpul)

Cara Memasak

  1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Tuskan.
  2. Panaskan minyak sapi dan marjerin di dalam periuk ataupun kuali.
  3. Tumiskan bahan B sehingga wangi.
  4. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendidih.
  5. Masukkan susu cair, kiub ayam, tomato, dan beras. Kacau rata. Masakkan seperti nasi biasa.
  6. Apabila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada setiap tempat yang berlainan.
  7. Biarkan nasi masak dan kering. Kemudian gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
  8. Hiaskan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang.