Resipi

Nasi Goreng Pudina

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 20 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 3 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 1 ekor sotong
  • 1o ekor udang
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • ½ sudu teh belacan
  • 5 urat kacang panjang (Dipotong pendek)
  • Sedikit kubis (Dipotong kecil)
  • ½ batang lobak merah(Dipotong dadu)
  • ½ cawan daun pudina
  • 3 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buangkan kulit sotong dan udang. Potong sotong kecil-kecil.
  2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.
  3. Masukkan sotong, udang, kacang panjang, kubis, lobak merah, dan garam. Kacau rata.
  4. Masukkan nasi dan gaul rata lagi. Padamkan api.
  5. Masukkan daun pudina dan kacau rata. Hidangkan.