Resipi

Nasi Goreng Petai

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 mangkuk nasi sejuk (Diperoi)
  • 10 biji cili api
  • 3 biji cili merah
  • 1 inci belacan(Sekiranya suka)
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 papan petai (Diambil isi)
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • 100 g sotong (Dipotong kecil)
  • 100 g kacang panjang(Dipotong pendek)
  • 1 batang lobak merah(Dipotong dadu)
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi
  2. Masukkan petai, udang, sotong, kacang panjang, lobak merah, dan garam.
  3. Masakkan sehingga lobak merah lembut.
  4. Masukkan nasi dan kacau rata.
  5. Angkat nasi dan sedia dihidangkan.