Resipi

Nasi Goreng Pataya

  • Chef Hanieliza
  • 2 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

Bahan-Bahan

  • 2 cawan nasi sejuk (Diperoi)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 biji telur
  • 100 g kubis (Dihiris)
  • 100 g kacang panjang(Dipotong pendek)
  • ½ batang lobak merah(Dipotong dadu)
  • 1 biji cili merah (Dihiris)
  • 100 g udang
  • 1 pokok daun bawang(Dipotong pendek)
  • 2 biji telur (Dipukul sedikit)* Bagi membalut nasi
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan telur dan biarkan sebentar.
  3. Apabila nampak telur sudah separuh masak, kacau supaya hancur sedikit.
  4. Masukkan kubis, kacang panjang, lobak merah, cili merah, dan udang. Kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan garam. Kacau supaya rata. Tutup api.
  6. Masukkan daun bawang dan kacau.
  7. Angkat dan masukkan nasi ke dalam mangkuk kecil.
  8. Dadarkan telur di dalam kuali.
  9. Apabila telur sudah masak, letakkan nasi goreng di atas telur.
  10. Bungkuskan nasi dan terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan.