Resipi

Nasi Goreng Nanas

  • Chef Hanieliza
  • 4 orang
  • 10 minit
Bahan-bahan

​Bahan-Bahan

  • 4 cawan nasi putih (Diperoi)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah
  • 100 g sotong (Dipotong kecil)
  • 100 g udang (Dibuang kulit)
  • 100 g kacang panjang(Dipotong pendek)
  • 1 batang lobak merah(Dipotong dadu)
  • 1 biji cili merah (Dicencang)
  • 1 biji telur (Dipukul sedikit)
  • 1 sudu makan sos ikan
  • ½ cawan nanas di dalam tin (Diasingkan airnya)
  • 2 sudu makan marjerin
  • Garam secukup rasa

Cara Memasak

  1. Panaskan marjerin dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  2. Masukkan sotong, udang, kacang panjang, lobak merah dan cili merah. Kacau rata.
  3. Masukkan telur dan biarkan masak sedikit baru dihancurkan.
  4. Masukkan nasi, garam, sos ikan, dan nanas. Kemudian kacau rata.
  5. Padamkan api dan taburkan hirisan daun bawang.
  6. Sedia dihidangkan.